Ada la few times aku lalu depan kedai ni, tapi tak pernah terlintas nak masuk ke kedai ni. Sumer sebab aku ni tak bape suka otak2. Tapi ari tu member aku ALI dia suggest tempat ni, dia kata menarik. So alang2 singgah tropicana, try je la. Tapi sorry, gamba2 ni pakai camera phone. Aku tak bawak camera biasa aku.
Kedai ni terletak dekat dalam Tropicana City Mall, mall baru siap dalam tahun lepas (kot?). Mall ni terletak dekat antara Sprint highway dengan LPD. Kedai ni pulak terletak dekat 1st floor mall tuh.
Masuk2 je kedai ni, aku boleh gerenti, untuk siapa2 yang tak pernah datang lagi, mesti korang akan bagi reaksi “WOW!” Konsep dalaman kedai ni sangat menarik, sorry gambar kurang clear. Seswai la dengan motto kedai ni “foods and memories you love”. Kedai ni letak banyak benda2 classic yang menarik dan membuat kan korang mengimbau balik zaman korang kecik2 dulu. So Otak2 only a part from this restaurant la, konsep kedai ni sendiri pun memain peranan dalam nak attract kan customers.
“Food and Memories”. So pasal memories, kedai ni dihiaskan dengan pelbagai object2 lama, dan mainan2 classic yang kita biasa main waktu kita kecik dulu. Contoh, dekat rak dia ada tersusun askar2 kecik plastik, lampu minyak tanah, macam2 lagi, memang classic.

Penutup botol dan Happy family disediakan atas meja untuk korang main
Dua mainan kat atas ni, ada kat meja korang. Memang dah disediakan. Nak main sambil2 tunggu order korang main la. So sambil2 tunggu order, korang belek2 kad tu, main dengan penutup botol tu, sedar2 makanan dah sampai. Tak terasa pun lama. Bijak juga la.
So dah beberapa kali aku macam terpegun dengan kedai ni. Mula2 masuk sebab design dalam dia yang classic dengan toys dan hiasan yang aku last skali jumpe time aku kecik. Pastu sambil nak tunggu waiter, kat meja ada penutup botol dengan kad happy family. Pastu dengan background music dia yang classic + tv dia pun pasang citer P.Ramlee. Kali ni lagi gempak, korang tengok menu dia macamana..
Skali buku latihan sekolah la dia bagi, haha. Siap ada Rukunegara dengan sifir 1-12 tuh kat belakang dia. Memang creative la idea diorang. Sangat suka. Menu dia ada juga selain otak2. Otak2 dia tu ada lebih dari 10 jenis, tak tau la, tapi bagi aku pelik2 sume. Aku tau otak2 merah dalam daun tu je. Untuk orang2 tak bape gemar otak2 macam aku ni jangan risau ok, banyak lagi benda lain korang leh makan. Gambar kurang clear, sorry, tapi roughly makanan dia ada unsur2 kopitiam sket la. Dia ada roti jala, cun gak la. Dia ada mee bandung, laksa, kari, soto. Nasi ada briyani, lemak, ayam. Pastu western cam chicken chop.
Haha no komen sangat pasal ni coz aku tak bape suka otak2 sebenarnya. Tapi rasa dia cam popiah pun ada.
Seingat aku la, tak pernah lagi kowt aku makan nasi briyani DAM ni. Dia letak dalam claypot berlauk kan ayam. Nasi dia cam banyak gak la. Tapi rasa nice.
Rasa dia ok juga. Generously taruk meatball “bakso” tu. Rasa aku takley nak appreciate sangat coz ni kali ke-2 aku makan bakso. So takley nak compare sangat. Tapi rasa boleh tahan la.
Tempat ni, food wise, bagi aku above average je taste dia. Maybe sebab aku tak bape suka otak2 kowt. Masing2 punya selera la kan. Tapi dari segi price, agak mahal dengan ape korang dapat. Contoh macam air. Tapi lain2, macam atmosphere, setting, and experience especially first timer, korang mesti suka dengan macamana nicely done nye tempat ni. Thumbs up for that. Dari segi kebersihan, bersih juga la. (aku tak usha dapur eyh haha). Service pun ok. Makanan tu sampai agak cepat, tapi aku tak sure cepat tu sebab memang servis dia cepat atau aku asyik sangat tengok interior design kedai ni and main dengan penutup botol =D
*Credit utk ALI yang suggest tempat ni
*Thanx MIRA utk gambar2
____________________________
|| Rating ||
*Servis & layanan – 3/5
*Makanan & minuman – 3.5/5
*Harga – 2/5
*Atmosphere & Setting – 4.5/5
____________________________
Otak-Otak Place
Level 1-58,
Tropicana City Mall,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-77280403
Business hours: Until 10pm
(Perhatian: Review ini ditulis berdasarkan pandangan personal kami, mengenai rasa makanan, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri dan ia agak subjektif. Sebarang maklumat yang ditulis adalah berdasarkan pada tarikh review ini ditulis dan mungkin terdapat perubahan dimasa lain. Kami tidak mendapat apa-apa kredit untuk review ini)


















I went there last time..not really nice.
price = agree with u
food wise = ok-ok
atmosphere = nice for me