save the best for last, aku nak habis kan 2010 ni dengan entry yang ramai orang request utk aku review kan. guess what? nasi arab! tempat yang aku bawak kali ni adalah tempat yang baru buka, but so far dapat komen2 yang sangat positif. not bad juga this place, actually kinda nice, tapi still takley lawan nasi arab yang lagi best aku makan kat ampang (which aku akan reviewkan tempat tu some other time)
kedai ni actually baru buka, ada lah dalam few months je. kedai ni terletak kat shah alam. so secara tak langsung, dia da breakkan monopoli of makanan timur tengah a.k.a Arab by restaurant d’arab yang setahu aku, dekat shah alam saje dah bukak 3 kedai (awesome!). Kedai ni dimiliki sepenuhnya oleh pak arab.. unlike restaurant d’arab. Kat sini, pelanggan je kot yang aku nmpk melayu, lain sumer pak2 arab. dari cashier, sampai la ke tukang masak.

Sila pergi ke tempat yang bertanda ‘X’ merah tuh
kedai ni terletak kat shah alam section 9. Ada new building baru buat belakang McD section 9. Building tu nama dia Oasis 9. Well i guess tempat ni cam senang juga la nak sampai, so tak perlu nak gitaw direction in great details… rightt?
Kedai ni, konsep dia agak terbuka, dan sangat luas. Meja sangat banyak. Kedai ni ada 3 dining hall yang luas2, salah satunya bistro style yg aku duduk ni. Siap ada dewan yang bole muat 800-1000 orang untuk function. Tapi sejauh mana ramai org datang aku tak pasti. Tapi ari tu aku datang time weekend, lunch, few meja je occupied. Malam tak tau la pulak camne kan. Maybe tempat ni belum famous so sebab tu kurang orang datang kot. Tapi interior kedai dia, perghh.. membuatkan aku tertanya2, brapa agaknye harga sepinggan nasi dia. Coz dalam dia nampak mcm sangat mewah.. especially dengan kerusi meja dia. Memang lawa, design arab-style. Korang tengok sendiri ok dalam kedai dia camne.

Interior kedai ini, owh time aku dok amik2 gambar ni, pak2 arab sumer usya pelik je kat aku, apahal?!
Da puas tengok kedai, jom order makanan plak. Kedai ni, dia punya variety makanan dia banyak juga la, a lot more choices as compare to D’Arab restaurant yang aku sebut2 tadi. Sorry sebab aku tak amik sumer pages dalam menu dia tu, tapi if korang pernah pergi Tarbush ke, or any restaurant arab kat ampang tu, korang akan ada idea sikit. Dia ada macam2 selain nasi, ada roti arab-style, kebab, grill, macam2 sampai la ke pencuci mulut. Tapi since aku pergi ni lunch, and main sebab dia aku nak try nasi arab dia, nak compare dengan tempat lain, so, nasik ar ape lagi!
lepas tengok menu book dia, ada sikit perasaan lega la, ingat kan mahal cam restaurant Tarbush or kedai2 arab along Bukit Bintang road tuh. Harga dia ok la, stended harga restaurant arab biasa. Almost the same dengan D’arab je. Bagus la, sebab if dia letak mahal2, sape yang nak datang. Sini shah alam, kebanyakan middle-class family duduk sini, tak la macam KL or PJ.
Wah, not bad ar. Nasi dia actually pretty nice. Kalau nak compare dengan D’Arab yang ada 3 cawangan kat shah alam ni, aku rate nasi ni lagi tinggi la. Dari segi beras dia pakai, aroma nasi dia, cara dia masak kambing tu (kambing tu tak bau okay, so sape yang suka complain pasal kambing, bole try sendiri, korang tak sedar pun tu kambing). Dengan harga dia yang almost macam D’arab (mahal sket je) aku rasa next time bila aku kat Shah Alam and aku nak makan nasi arab, tempat ni mesti jadi favourite place aku. And untuk pengetahuan korang nasi arab ni tak macam nasi briyani korang beli kat mamak tuh, portion dia bagi kat korang sangat banyak, sebab tu mahal. So nasihat ikhlas dari aku, untuk sape2 yang makan sikit tuh, yang nak jaga badan tuh, tak payah la gatal nak order satu pinggan utk sorang, surely tak habis punya. Nasi arab ni satu lagi untuk pengetahuan korang, ada 3 jenis. Kabsa, Mandy dan satu lagi Madghut (kalau ada lagi sila gtaw ok, biar aku tambah list tuh). Depends orang masing2, bagi aku Mandy favourite aku. Warna dia cam kuning2 oren. Rasa dia paling aku suka compare yang lain. Kabsa plak, hurm, bagi aku rasa rempah dia macam kuat sikit. Aku bagitau briefly ni, bukan hanya untuk kedai ni taw, jgn salah faham plak. Ni secara general, dekat mana2 kedai yang ada jual nasi arab.

Teh dengan mint (daun pudina) – RM4
Air dia macam biasa la. Cuma ape yang aku nak komen, cawan untuk air teh dia tu lawa. Haha. Kalau order yang teko (banyak sikit, duhh) lagi best, sebab dia bawak teko and cawan kecik arab tuh. Comel giler.
So overall aku agak berpuas hati makan dekat sini, eventhough bill aku RM42.50. Roughly satu kepala rm20. Sebab makanan dia portion agak banyak dan yang penting sedap. Kedai ni dekat bill takde tax dengan service charge. Lupe pulak nak komen dari kebersihan, tapi dari ape aku dapat intai, chef2 dia kat dapur sumer pakai proper. Kedai dia pun agak bersih overall. Anything yang kotor, pinggan2 gelas yang orang da abes makan laju je kena kutip. So give this place a try ok, bila korang singgah Shah Alam. Happy New Year!
Saje nak tolong promote pakcik ni. Aku suka arts dia. Dia pakai pasir laut, so hasil dia embossed cam korang nmpk dalam 2nd gambar tuh. Nice kan? Yang saiz macam gambar first tu, saiz 40-50 cm harga dalam rm250. kalu nak kena tunggu sminggu baru siap =D
____________________________
|| Rating ||
*Servis & layanan – 3/5
*Makanan & minuman – 4/5
*Harga – 3/5
*Atmosphere & Setting – 4/5
____________________________
Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F,
40 000, Shah Alam, Selangor.
Masa beroperasi: setiap hari 10am-2am
Tel : 016 216 0661 / 016 277 1154
Fax : 016 227 0939
Email : zamzam.arabicrestaurant@gmail.com
(Perhatian: Review ini ditulis berdasarkan pandangan personal kami, mengenai rasa makanan, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri dan ia agak subjektif. Sebarang maklumat yang ditulis adalah berdasarkan pada tarikh review ini ditulis dan mungkin terdapat perubahan dimasa lain. Kami tidak mendapat apa-apa kr




















nampak sedap.. mcm bley try nnt.. but bley ke mintak portion kecik? coz nasi dia mcm banyak je..
hehe, sedap memang sedap. sila la try. portion kecik.. hmm share la. i xsure pulak bole mintak ke tak.. tapi ape yg i tau.. nasi arab portion dia mmg bnyk (org arab mkn bnyk sbb tu besar2)
confirm nak pergi sane gak this week.. entry2 korang memang selalu buat i tergoda taw!
hehe pergi ok, nnt bole share korang punya view jugak. thnax
erm..1st time tau de kedai ni..bgs2….tq..:)
no prob =D
hey, dah review jugak with credit for you.. Thanks Food Craver!
ni dekat denagn rumah tapi belum pernah try. so, dah tau harga dia boleh la gi melawat hehehe…
btw, about the wildfire, do you know how to get 2.2 without waiting for the OTA update?
Ehh baru je makan kat sini
Memang sedap
Btw, saya link entry ni kat blog saya
Thanks
thanx ayu =D
WOW I MUST TRY nasi arab at this place, thank for the comprehensive review
thanx 4 d review……..suka peta tu. sgt efisyen
kali ni mmg btul2 leh gambarkan oasis 9 kt mana
tibe2 teringin pulak makan nasi arab bile tgk ur entry.
nak try la ..:P
p/s:macam cun je lukisan pakcik tuh,kat mane nak dpt tuh…tq!!
pakcik tu jual lukisan betul2 sebelah kedai zam zam tuh.
baru lepas makan tadi.
ambik order lembab. depan aku saja 2 meja blah. disebabkan esok ahad, dan aku tak tergesa-gesa, aku tunggu aje lah. air aku (watermelon juice) segelas tak sampai. masa bayar tu aku cakap air segelas tak sampai, nasib baik dia tak cakap banyak.
ni pengalaman malam minggu. kalau weekdays ok kot. harap2 lepas ni dia tambah pekerja. harap saja lah. lagipun lepas ni aku tak pegi dah.
yang penggemar nasi arab, aku cadangkan kat Cyberjaya pun ok. Saba’ nama dia. berhadapan terminal bas Cyberjaya. Kalau lunch hour, memang ramai. tapi takpe servis dia cepat. sebab ramai pekerja. nasi sedap. harga murah kalau nak dibandingkan dengan kedai zamzam ni. di samping tu boleh cuci mata tgk minah arab (kat sini arab memang ramai). kedai zamzam tu tengok mak orang aje lah kekekkekk
Macamana aku tau? sebab ofis aku kat Cyberjaya. kikkiki
no comment bro. mungkin malam tuh staff dia demotivated sket kot. haha. nnt kalau aku tersinggah ke cyber aku try usha kedai tuh
owh, office kat cyberjaya…… tak gi try ariana ke?
salam,
zam zam dh try, saba pun dh try. bg aku, better kt zam zam. lebih enak dan teratur. saba’ tu ramei sngt org, dh x selesa. lgpun, saba’ xde lamb mandy. ade kabsah je (mgkn maghdut sekali). tp xtau la kot2 skrg dh ade.
zam zam ni keenakan setaraf al-rawsha kot.
ape2 hal, setiap org lain taste nye. so, pandei2 le carik mkn ikut selera.
wahhh kena pi nih..baru lepas makan nasi arab damsyik dekat seremban ok sedap, nasi arab saba’ cyber pun dah so kena makan dekat zamzam pulak nih..
baru pegi mlm td hajat di hati nk try la coz bukan main di war2kan dlm paper kononnya yg terbesar di Malaysia..ok fine tempat mmg cantik..bwh tu xde la besar mana pun but maybe because atas ada dining hall so blh dikira besar la kot..x tau coz x dpt naik atas sbb wedding event..ini pengalaman sy…
masa smp lebih kurang jam 8.15 pm tempat semua penuh maybe because mlm minggu & kami x buat reservation..sbb nak mkn jugak kami pun tunggu smp org abis mkn..mmg ramai yg tunggu meja..tp sy nmpak rest ni x sistematik langsung!! ada 1 family siap dgn seorg pakcik bertongkat tgh tunggu rasanya lama kot last2 ada org main masuk duduk terus kt meja..apa lagi mengamuk la salah seorg family kat situ & complaint kat cashier yg nmpak mcm salah seorg org kuat rest tu..itu satu hal..jd berbalik pd cite kami..
dh dpt meja lebih kurang 1/2 jam menunggu..nak kemas meja satu hal lembap..nak amik order smp sudah x dtg2 org..siap panggil berkali2 semua buat x tau..so masa salah seorg pekerja dia dtg kemas meja (bukan pekerja dr arab) kami tanya x cukup staff ke? dia kata because ada wedding so ramai staff kat atas..dia pun dh pening2..tunggu smp sudah menu pun x sampai2 last2 kami amik sendiri menu kt meja cashier..tp tunggu punya tunggu smp pukul 9.45 pm xde org dtg table kami utk amik order!!!! last2 kami beredar je dr rest ni…
ni bukan nak complaint sebarangan tp dh beribu2 rest sy pegi blom pernah ada pengalaman buruk mcm ni..klu blom bersedia ign war2kan satu MALAYA yg rest ni terbesar di Malaysia! Cukupkan staff dulu..jgn pentingkan utk event je sbb dh byr deposit..kami walk in customer ni mcm xde value!! bukan kami dtg nak mkn free pun! Sy rasa byk lg yg perlu diperbaiki oleh owner rest ni..at least sediakan satu tempat utk waiting..letak seorg staff kat situ..bila dh ada tempat baru panggil customer utk duduk..baru la tau mana yg smp dulu mana yg x dpt order lagi..bukan biarkan customer mcm tu jer..sbb bila dh buat publisiti satu MALAYA& ramai nak turun & try..klu org luar dtg x ke kesian dpt layanan mcm tu..dtg jauh2 last2 frust aje..
harap rest ni akan belajar dr pengalaman & membuat perubahan especially dari segi penambahan staff jika ada hari2 yg ada function kt dining hall diaorg..kesian la kt walk in customer2 ni..klu byk sgt complaint & x puas hati takut2 nanti org serik nak dtg lg!! & last2 xde apa yg blh dibanggakan oleh RESTORAN ARAB TERBESAR DI MALAYSIA ni walaupun tempat cantik & makanan sedap..
TQ Wallahualam..
thanx!
sorry to hear that lin.
nampak nye ni kali-2 orang komen pasal slow disebabkan kekurangan staff.
ape yg saya boleh buat, saya akan cuba email kepada pihak restaurant ini berkenaan isu ni, hopefully diorang will do something bout it.
macam lin katakan, rugi la tempat lawa, makanan sedap tapi orang tak suka
saya pun dah makan kat situ few weeks ago….memang servis dia agak slow…tapi nasi mandy memang sedap….kalau nak makan kat situ rasanya perut tak boleh terlalu lapar…he..he..kalau tak, ada yg naik angin…ramai warga2 senior yg makan..nothing to hurry maybe….anyhow sy x serik nak pegi lg…
Setuju dgn Lumbrusco Kid, Lin dan lain-lain pasal servis yang sgt teruk (sbb kekurangan staf & x cekap langsung).
Pegi mule2 memg truk sgt, malam, kami tunggu nak order, tp x datang2 (bukannye setakat lambat dtg), panggil semuanye xnak amik order, sbb bukn keje diorg plak katenye. dah dpt menu, hilang lagi diorg, tunggu lagik. Mintak simple je kabsa ayam. yg dtg xmcm kabsa, bile dh byr, kami tanye betul2, rupenye nasi mandy. malam tu semua meja kotor dgn pinggan2 xangkat langsung,,,,
Kali kedua… pegi Siang plak(beranggapan mlm tu diorg penat sgt n ramai pelanggan).. yg dpt awal nasi madghut ayam aku ngn air mak ice lemon tea kot… makann mak aku (sambosa) ngn air aku (green tea je pun) tak sampai2..sampai dh nak balik dah… aku bgun remind waiter tuh sampai aku follow diorg ke kaunter@pintu dapur.. seminit je dah siap rupenye! Masuk kedai ni time ramai kena korang sendiri remind bersungguh2 byk kali.
Tapi sbhagian diorg sbnrnye nmpkla nak puaskan pelanggan, bile kite komplen x byk ckp, tpi x cekap or pelupa.. sbb x cukup kakitangn… dan macm xde pekerja Malaysian langsung(org mesia lebih cekap n sensitif dgn order org). Mahal sebab meja n tempatnye yg eksklusif sahaje… (aku sbnrnye nk pi lg retoran ni tdik, tpi terbaca plak entry ni.. hehe)
bagi aku, SERVIS + MASAKAN SEDAP adalah di Restoran Saba (kt Cyberjaya, yg dkat KL xrase lagik)…
Paling sedap… of course murah…. Ada makanan free (mcm dalca kentang)… Pekerja ramai… Order yg sistermatik n canggih… Ade kad order (kadang2)… Kaunter bayar ade 2… Ade pemantauan utk order bungkus (ade sistem no.)…. Ramai pekerja melayu n arab yg x kelam kabut… Cuma kdg2 terlalu ramai customer, xde tmpat duduk, pekerja dia pun mule kelam kabut skit…
Semoga ada perubahan besar (sbb aku peminat nasi arab yg sedap n dekat saje)…
AssalammualaikumWarahmatullahhiwabarakatuh..
Kelihatan banyak komen2 positif dan negatif!Harapan saya komen2 negatif tersebut janganlah ada agenda tersirat yang gagal pembaca memahaminya.Ikhlaslah…ikhlaslah.
Merujuk kepada PENGALAMAN SAYA BERSAMA KELUARGA yang telah lima kali mengunjungi Restoran ini serta sedikit sebanyak pengalaman memasak resepi timur tengah yang dipelajari secara amali dan praktikal melalui beberapa Cheff berpengalamn serta begitu tinggi ilmu memaasaknya berdarah keturunan Hyaralmauth serta bebrapa negara timur tengah lain saya percaya bahawa.
1.Kualiti nasi di restoran ini(Madgnut,kabsa,Mandy)adalah agak memuaskan,namun bukan ditahap terbaik(Mengikut citarasa kami sahaja)tetapi ianya adalah sedap dan enak bagi penggemar sajian beriyani.
2.Kualiti lauknya spt lamb,chicken adalah berada pada tahap kebiasaan penggunaan rempah ratus serta resepi mmasakan yang biasa digunakan oleh Cheff resepi timur tengah yang lain.Restoran tarbush,Saba,AlSutan dan lain-laiin.
3.Kualiti servisnya pula,rasanya ramai pelanggan yang telah mengunjungi restoran ini telah sedia maklum.Saya bahagi kepada dua,Hari biasa memuaskan,tetapi pada sabut ahad serta cuti umum perlu ditambah baik.
Kepada pemilik restoran,teruskan usaha,Inshaallah anda boleh buat yang terbaik..
Prinsip Cheff::MEMASAK WAJIB MEMPUNYA HATI PENUH KEIHLASAN,KREATIF MENGOLAH RESEPI,BIJAK MEMAHAMI SELERA SERTA KEHENDAK PELANGGAN.
ILMU KITA TUNTUT,KEKUATAN YANG MAHA ESA BERIKAN..
SELERA KITA MANUSIA ADALAH BERBEDA.
Terima kasih,Assalammualaikum.
tima kasih bro bagi review juga. skali skala ada org pro bg komen ni best juga. hehe.
saya suka dekroasi restoran ini…. nampak macam teratur…. teruskan usaha….
maw try per rase nasi pak arab
i work in cyberjaya too
semalam br p mkn kt kedai ni,,kena mandy kambing,wife mkn mandy ayam..mmg sedap,,sampai licin aku makan..ni plan nk p lg,,,
wah baru tau restaurant nih walaupun aku duk kat shah alam nih~muahahaha, thanks bro, teringin betul nk rasa makanan arab nih tp makanan diaorg nih mahal2 skit kan~huhu
haha baru bukak bro.
kat shah alam ada gak kedai nasik arab len. d’arab nama dia. kat section 7 ada 2, ttdi ada 1
The Food Looks Good.Tapi saya pergi nak have a good time je.